Tips : Cara Mengatasi Masalah Tidur
Selamat Malam kepada blogger-blogger yang tegarr :)
Tak tidur lagi ke ? dah malam dah ni .
Nanti kena kacau hantu mak limah baru tau :)
Tak boleh tidur ? lahh , kenapa pulak ?
haha . takpe-takpe , sini ada beberapa tips untuk tidur korang tu senang atau cepat
1. Mandi
-Sebelum tidur biasakan badan dalam keadaan yang segar . oleh itu cubalah korang mandi sebelum tidur . Ini akan membuat otot anda dalam keadaan segar
2. Minum Segelas Susu
- Susu membuatkan tubuh badan anda lebih bersedia untuk tidur kerana susu mempunyai Kalsium
3. Jangan memaksa
-Korang tak perlu memaksa diri korang untuk tidur . Biarkan diri korang sendiri yang melakukan . Kalau tak lagi susahlah korang mahu tidur
4. Jangan Stress
-Kadangkalanya kita sebelum tidur akan memikirkan masalah-masalah yang beraku sepanjang hari itu atau masalah yang belum korang selesaikan . Perkara seperti ini akan menyebabkan korang semua akan berasa stress dan sekali gus membuatkan korang susah untuk tidur
5. Tempat Tidur Yang Sesuai
-Tempat untuk anda tidur juga memainkan peranan yang penting . Korang semua perlulah memastikan tempat tidur korang tu sentiasa bersih dan sesuai . Keadaan suhu yang tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas .
So , itu sahaja lah tips yang dapat aku kongsikan kepad korang semua .
Harap dapat beri korang semua kelonggaran :)
No comments:
Post a Comment